Ubi Lembayung beri pulangan lumayan

Iklan
Ubi Lembayung yang dihasilkan MARDI mampu memberikan pulangan tinggi kepada petani.

BACHOK - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menghasilkan varieti baharu ubi Lembayung yang mengambil masa singkat untuk mengeluarkan hasil.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ubi tersebut memerlukan masa antara 91 sehingga 105 hari berbanding tanaman ubi keledek biasa selama 120 hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia sekali gus akan memberi pulangan lumayan kepada petani atau pengusaha kerana mampu mengeluarkan hasil antara 25 tan sehingga 30 tan sehektar.

"Kitaran tempoh penanaman lebih singkat membolehkan petani dapat menanamnya sebanyak tiga kali setahun dan secara tidak langsung memberi pendapatan yang tinggi.

Iklan

"Varieti baharu ini dijangka mampu mengeluarkan hasil lebih 25 tan berbanding 20 tan pada musim biasa," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Che Abdullah (kanan) menanam ibu Lembayung bersama Mohd Huzaimy menggunakan jentera di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (COE) Ubi-ubian MARDI Bachok dan Pelancaran Varieti Ubi Keledek Baharu di sini.

Hadir sama, Ketua Pengarah MARDI, Dr Mohamad Roff Mohd Noor, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Datuk Kamarudin Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin.

Che Abdullah berkata, tanaman ubi berkenaan akan diusahakan oleh 3,600 petani di negara ini yang turut melibatkan ini lebih 500 peserta di Kelantan.

Katanya, ubi keledek itu mempunyai kandungan antosianin tinggi iaitu pigmen ungu pada kulit serta isi ubi yang juga satu bahan antioksida dan sesuai untuk penjagaan kesihatan.

"Ubi ini juga sesuai diproses untuk menghasilkan tepung," katanya.