3,000 jururawat meninggal dunia akibat Covid-19

Iklan
Gambat fail menunjukkan seorang jururawat menulis nota di sebuah unit rawatan rapi (ICU) untuk pesakit Covid-19 di sebuah hospital di Rom, Itali. - Gambar AFP

GENEVA - Sekurang-kurangnya 3,000 jururawat meninggal dunia akibat pandemik Covid-19, kata Majlis Jururawat Antarabangsa (ICN) pada Khamis.

Ketua Eksekutif ICN, Howard Catton berkata, jururawat telah mengalami trauma ketika pandemik itu berlaku dan mengalami keletihan fizikal serta mental.

Iklan
Iklan

"Mereka (jururawat) telah sampai ke peringkat yang mana sudah memberikan sedaya yang termampu (merawat pesakit)," katanya kepada pemberita seperti dilaporkan AFP.

Menurutnya, jumlah jururawat ketika ini di seluruh dunia ialah 27 juta manakala empat juta lagi akan bersara menjelang 2030.

Iklan

Dalam satu laporan, ICN berkata, pandemik itu akan menyebabkan berlaku pertukaran pekerjaan secara beramai-ramai seawal-awalnya pada separuh kedua 2021.

Menurut laporan itu, kekurangan jururawat mungkin berjumlah hampir 13 juta orang.

Iklan

Catton berkata, masa selama tiga atau empat tahun diperlukan hanya untuk melatih seorang jururawat.

Diasaskan pada tahun 1899, ICN merupakan sebuah persekutuan yang mempunyai lebih 130 persatuan jururawat kebangsaan.

Ia meminta supaya gaji lebih baik supaya jururawat kekal bekerja dan meminta kerajaan-kerajaan melabur dalam latihan kejururawatan bagi menangani masalah kekurangan petugas perubatan itu. - Agensi