KOTA KINABALU - Lebih 200 orang kehilangan tempat tinggal selepas 73 buah rumah di atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya di sini Khamis malam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.32 malam sebelum 40 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, BBP Lintas dan BBP Penampang digegaskan ke lokasi.