ALGIERS - Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune pada Khamis menandatangani dekri yang menetapkan pilihan raya Parlimen akan diadakan pada 12 Jun, lapor Agensi Berita Xinhua.
"Tebboune turut menandatangani undang-undang pilihan raya yang baharu untuk menjamin proses pengundian yang adil dan telus," menurut kenyataan Pejabat Presiden memetik Agensi Berita APS.