KUALA LUMPUR - FGV Holdings Bhd (FGV) mengumumkan bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membeli 467,300 lagi saham FGV pada harga RM1.30 sesaham di pasaran terbuka.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, ia berkata pembelian itu dilakukan berdasarkan tawaran pengambilalihan wajib tanpa syarat oleh Felda untuk memperoleh semua saham FGV yang masih ada.