KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menegaskan bahawa Dataran Merdeka adalah kawasan larangan bagi sebarang aktiviti penjajaan.
Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, peraturan itu terkandung dalam Perkara (7 ) Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (WPKL) 1992.
"Dalam undang-undang itu dinyatakan tiada seorang pun boleh menjaja di mana-mana bahagian di Dataran Merdeka,” katanya.
Sebelum itu DBKL memaklumkan pihaknya mengeluarkan 11 notis amaran terhadap penjaja warga tempatan dan mengenakan dua tindakan sitaan kepada penjaja warga Indonesia menerusi Operasi Pemantauan Penjaja dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Dataran Merdeka pada malam Khamis.
Menurutnya, tindakan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL itu dilaksanakan hasil maklumat daripada orang awam.
"Hasil siasatan dan pemantauan dijalankan mendapati 13 aktiviti penjajaan tanpa kebenaran beroperasi sekitar Jalan Raja, Dataran Merdeka melibatkan penjaja makanan, minuman, troli air, alatan permainan dan lain-lain.
"Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut bidang kuasa, peruntukan undang-undang dan SOP DBKL di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi operasi sama, pemantauan turut dilakukan terhadap pengunjung awam dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan DBKL.
Tambahnya, operasi dan pemantauan seumpama itu akan diteruskan dari masa ke masa.