Padah ubah suai ekzos motosikal

Iklan
Antara motosikal yang diperiksa dalam operasi khas yang telah dijalankan selama empat hari sejak Isnin lalu di sekitar bandar Bentong. Foto ihsan PDRM

BENTONG - [DIKEMAS KINI] Dua buah motosikal milik dua lelaki berusia 16 dan 24 tahun disita selepas dikesan terdapat pengubahsuaian ekzos.

Kesalahan tersebut dikesan menerusi Ops Khas Kesalahan Bunyi Bising yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bentong pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, sebanyak 13 buah motosikal diperiksa dalam operasi itu di sekitar bandar tersebut.

Menurutnya, sebanyak 14 saman dikeluarkan hasil pemeriksaan tersebut dalam operasi yang diketuai Asisten Superintendan Zulkifli Yahya.

Iklan

"Kesalahan lazim antaranya seperti tiada lesen memandu, nombor plat tidak mengikut peraturan,Lesen Kenderaan Memandu (LKM) tamat tempoh,tiada cermin sisi dan ubah suai kenderaan telah dikesan," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Tambahnya,operasi khas itu adalah bagi memeriksa kenderaan yang melakukan pengubahsuaian ekzos.

Iklan