JAIPUR - Gara-gara tidak dibenarkan berkahwin untuk kali kedua, seorang lelaki warga emas sanggup memanjat tiang elekrtik setinggi 8 meter dalam satu kejadian di negeri Rajashtan, India baru-baru ini.
Portal Indianexpress melaporkan, perbuatan Sobran Singh, 60, bukan sahaja menyusahkan ahli keluarganya tetapi turut menyusahkan penduduk kampung.
Iklan
Iklan
Difahamkan, penduduk kampung mengambil masa hampir sejam untuk memujuk lelaki itu turun dengan selamat.
"Mujur dia tidak terkena renjatan elektrik.
"Jika tidak, dia pasti mati dalam keadaan tragis," kata Suman Kumar, jurucakap polis tempatan di daerah Dholpur.
Difahamkan, hasrat Sobran Singh yang telah kematian isteri sejak empat tahun lalu untuk berkahwin semula ditentang anak-anaknya.
"Dia bertindak luar jangkaan kerana kesepian," ujar Kumar. - Agensi