Sila dengar loceng amaran!

Iklan

SEMUA pemimpin parti politik patut baca hasil kaji selidik yang dibuat bersama oleh akhbar Sinar Harian dan Sin Chew Daily.

Awang anggap ada loceng amaran berdasarkan hasil dapatan kaji selidik itu.

Iklan
Iklan

Dapatan paling penting adalah sejumlah besar responden belum membuat keputusan parti politik mana yang akan mereka sokong jikalau diadakan PRU15.

Ini bermakna banyak yang berada di atas pagar. Mereka yang belum buat keputusan ini tentulah disebabkan oleh pelbagai faktor.

Iklan

Pada pendapat Awang, ini peluang untuk semua parti politik perkemas jentera untuk mendekati golongan ini.

Pada keseluruhannya, hanya 12 peratus responden yang betul-betul 'puas hati' dengan pencapaian kerajaan, sedangkan mereka yang 'sangat tidak puas hati' ialah 37 peratus dan 'tidak puas hati' 24.65 peratus menjadikan jumlah keseluruhan 61.65 peratus.

Iklan

Agak memeranjatkan juga prestasi kerja dalam kalangan menteri menunjukkan Tan Sri Perdana Menteri hanya dapat 6.25 peratus.

Khairy Jamaluddin mendahului menteri Kabinet dengan approval rating 10.9 peratus.

Tentang prestasi pencapaian mengekang wabak Covid-19, hanya 10.52 peratus yang menganggapnya satu kejayaan.

Sebaliknya 45.75 peratus menganggap kejayaan masih belum tercapai dan 43.73 peratus menganggap kerajaan gagal.

Jadi dalam hal kegagalan ini jumlahnya menjadi 89.48 peratus.

Ini peratusan yang menakutkan.