ALMATY- Angkara mabuk, seorang lelaki di Kazakhstan bertindak menikam rakannya hingga mati sebelum memotong anggota badan mangsa dan diberi makan kepada kucing liar.
Daily Star melaporkan suspek, Arman, 33, disyaki melakukan perbuatan itu pada 2 Mac lalu selepas mengundang mangsa, Daniyar ke rumahnya untuk berparti.
Difahamkan, suspek dan mangsa sempat minum alkohol bersama-sama sebelum mereka bertengkar dan menikam mangsa.
Tindakan mengerat mangsa untuk diberi makan kepada kucing itu dipercayai bagi menghapuskan bukti.
Bagaimanapun terdapat jirannya yang ternampak titisan darah dan potongan daging di balkoni rumah Arman. Malah seorang lagi saksi mendakwa melihat suspek melemparkan daging itu keluar rumah untuk dimakan haiwan berkenaan.
Jurucakap polis, Bakhytzhan Kudiyarov berkata, pihaknya sudah menerima laporan dan menahan suspek untuk siasatan.
"Suspek mengaku membunuh rakannya semasa bertengkar ketika parti berkenaan," katanya.