Sepanyol rancang tutup semua loji nuklear menjelang 2035

Iklan
Loji nuklear di Perkampungan Asco yang menggunakan air Sungai Ebro untuk tujuan penyejukkan. - Foto Reuters

MADRID - SEPANYOL. Kerajaan Sepanyol merancang menutup kesemua loji nuklearnya bermula tahun 2025 hingga 2035, ia bagi membolehkan negara menjana kuasa elektrik daripada sumber boleh diperbaharui menjelang 2050.

Menteri Tenaga Teresa Ribera mengumumkan langkah tersebut di saat kerajaan Sosialis bersedia mengadakan pilihan raya lebih awal bagi mengelak kehilangan undian belanjawan.

Iklan
Iklan

Ribera berkata, kerajaan akan turut mengemukakan draf cadangan untuk menangani perubahan iklim ke Parlimen pada 22 Februari.

Di bawah draf rang undang-undang yang disediakan tahun lalu, kerajaan menyasarkan untuk melarang penjualan petrol, diesel dan kereta hibrid bermula tahun 2040 selain menggalakkan pemasangan sekurang-kurangnya 3,000 megawatt setahun kuasa boleh diperbaharui seperti loji tenaga solar.

Iklan

Terdahulu, Perdana Menteri, Pedro Sanchez, berkata sejak tahun lalu kira-kira 40 peratus sistem tenaga Sepanyol dijana oleh sumber tenaga diperbaharui.

Penutupan loji nuklear di Sepanyol, merupakan ikrar kerajaan Sosialis yang mengambil alih pemerintahan selepas menggulingkan kerajaan konservatif menerusi undi kepercayaan. - Reuters

Iklan