Penghantar surat maut langgar kera

Iklan
Mangsa dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan awal sebelum disahkan meninggal dunia. - Foto ihsan pembaca. Gambar kecil: Bangkai kera dijumpai di tempat kejadian. - Foto ihsan pembaca

LENGGONG - Seorang penghantar surat maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor kera di KM37.2 Jalan Kuala Kangsar- Gerik berhampiran Kampung Banggol Belimbing di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, mangsa, Ahmad Dzulkifli, 34, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lenggong.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, siasatan mendapati mangsa menunggang motosikal jenis SYM VF3i dari arah Lenggong menuju ke Kuala Kangsar.

"Apabila tiba di tempat kejadian mangsa telah terlanggar seekor kera yang tiba-tiba keluar melintas jalan dari arah kanan ke kiri.

Iklan

"Mangsa dipercayai tercampak atas jalan dan dia kemudiannya dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan awal sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 5.55 petang,” katanya.

Menurutnya, mangsa mengalami pendarahan dalaman di kepala meskipun memakai topi keledar dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan