MPOCC kukuh program pensijilan minyak sawit

Iklan
MPOCC berjanji untuk terus mengkaji dan memperkukuhkan program pensijilannya bagi memastikan pengeluaran minyak sawit yang mampan.

SHAH ALAM - Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) berjanji untuk terus mengkaji dan memperkukuhkan program pensijilannya bagi memastikan pengeluaran minyak sawit yang mampan.

Ia sebagai tindak balas kepada kajian Greenpeace baru-baru ini yang berjudul 'Destruction: Certified' yang menawarkan pandangan kritis terhadap program pensijilan minyak sawit.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif (MPOCC), Mohammad Hafezh Abdul Rahman mendakwa, laporan yang diterbitkan oleh Greenpeace sebagai tidak tepat dan tidak menangkap intipati sebenar Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) serta melemahkan usaha pensijilan dilakukan di negara ini, walaupun memberikan input yang diperlukan.

"Perlu diulangi bahawa minyak sawit adalah satu-satunya minyak sayuran di dunia yang mempunyai kelestarian piawaian pensijilan dan laporan ini sedikit sebanyak menyedarkan usaha tersebut.

Iklan

"Menurut Global Forest Watch oleh World Resources Institute berlaku penurunan ketara dalam kehilangan hutan primer sejak pelaksanaan pensijilan MSPO di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohammad Hafezh berkata, Greenpeace sebaliknya perlu memahami objektif sebenar setiap model skema pensijilan dan perubahan positif yang dicapai sejak pelaksanaannya.

Iklan

Katanya, skema pensijilan membolehkan pihaknya mengimbangi keperluan untuk mengembangkan komoditi secara berterusan bagi memenuhi permintaan makanan di peringkat global.

"Ini juga membantu meningkatkan ekonomi rakyat serta pembangunan negara dan pada masa yang sama menjaga kelestarian alam.

"MPOCC akan terus mengkaji dan mengukuhkan standard pensijilan MSPO untuk memastikan pengeluaran mampan minyak sawit serta menyeimbangkan keperluan perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan hidupan liar selain masyarakat yang menjana ekonomi dengan kelapa sawit," katanya.