Gerakan lancar pemukiman susun strategi hadapi PRU15

Iklan
Dominic Lau Hoe Chai menyampaikan ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan Ke-49 di Menara PGRM hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai melancarkan pemukiman parti itu pada Sabtu untuk membincangkan strategi yang akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, ia juga diadakan bagi mendapatkan kepercayaan pengundi dan rakyat Malaysia sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan parti itu yang ditubuhkan sejak 1968.

Iklan
Iklan

"Retreat dua hari yang bermula hari ini (Sabtu) penting bagi Gerakan sebagai persediaan menghadapi PRU15,” katanya kepada pemberita selepas merasmikannya di Dewan Pulau Pinang, Menara PGRM di sini pada Sabtu.

Pemukiman itu membabitkan penyertaan 130 perwakilan daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), Pemuda, Wanita dan peringkat negeri dijalankan secara bersemuka dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018, Gerakan gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi di 22 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). - Bernama