PH Kelantan perkemaskan jentera hadapi PRU

Iklan
Barisan kepimpinan Pakatan Harapan Kelantan diketuai oleh Muhammad (tiga, kanan) mengadakan mesyuarat pertama mereka pada Sabtu.

KOTA BHARU - Pakatan Harapan Kelantan memperkemaskan jenteranya dengan pelantikan satu jawatankuasa bagi mengemudi hala tuju mereka berdepan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Muhammad Hussain berkata, beliau mengetuai jentera tersebut dan dilantik melalui Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan pada 4 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Pengerusi Amanah Kelantan memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat melalui konsensus yang telah dicapai oleh kepimpinan dari anggota Pakatan Harapan Kelantan iaitu Parti Amanah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Mesyuarat Pakatan Harapan Negeri Kelantan hari ini (Sabtu) juga telah bersetuju untuk menamakan Ketua Pimpinan parti anggota dalam Pakatan Harapan ke jawatan-jawatan yang telah ditetapkan.

Iklan

"Timbalan Pengerusi 1 adalah Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor iaitu Pengerusi PKR Kelantan dan Timbalan Pengerusi 2 pula Chua Chin Hui yang juga Setiausaha DAP Kelantan.

"Bagi jawatan Setiausaha pula akan digalas oleh Rushdan Mustafa yang juga Naib Pengerusi 1 Amanah Kelantan. Bendahari pula Ahli Jawatankuasa DAP Kelantan iaitu Lim Chung Chai dan Ketua Penerangan pula Roslan Puteh yang juga Naib Pengerusi PKR Negeri.

Iklan

"Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah pula dilantik sebagai Pengerusi Pilihan Raya,"katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, lantikan Ahli Jawatankuasa PH Kelantan melibatkan tujuh orang dari setiap parti, tidak termasuk nama-nama yang telah dicalonkan untuk jawatan eksekutif.

Tambahnya, beberapa lantikan jawatan lain juga akan dibuat mengikut keperluan semasa dan pihaknya juga bersetuju untuk menubuhkan Sekretariat PH Kelantan yang akan diketuai oleh Setiausaha PH Kelantan.

"PH Kelantan amat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan daripada semua pihak dalam usaha untuk terus memperkasakan PH Kelantan ke arah yang lebih baik.

"Kami juga bersifat terbuka dan sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam usaha untuk memperjuangkan pelbagai isu berkaitan rakyat di Kelantan," katanya.