Merusuh sambut hari jadi, tiga lelaki ditahan

Iklan
Gambar kecil: Mazuki

BAGAN SERAI - Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terbabit dengan insiden merusuh di sebuah kilang beras lama di Simpang Lima di sini pada Sabtu.

Kejadian sekitar jam 7 hingga 8 pagi itu menyebabkan seorang lelaki berusia 29 tahun cedera di kepala dan tangan akibat dipukul dengan botol kaca.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, tiga suspek berusia 24 dan 33 tahun itu ditahan selepas menerima laporan kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku selepas kumpulan terbabit mengadakan sambutan hari jadi di kawasan kilang berkenaan.

Iklan

"Apabila tiba di sebuah bilik terdapat tujuh hingga 10 lelaki berada di dalamnya untuk menyambut bersama-sama.

"Sambutan bermula jam 3 pagi dan mangsa mengakui kesemuanya mereka berada dalam keadaan mabuk,” katanya.

Iklan

Menurutnya, bagaimanapun berlaku perselisihan faham ketika mangsa memberitahu mahu pulang pada jam 7 pagi.

"Salah seorang suspek bertindak memukul mangsa menggunakan botol kaca dan suspek lain turut bertindak memukulnya.

"Mangsa berjaya melarikan diri sebelum dijumpai terbaring oleh orang awam berhampiran kilang tersebut,” katanya.

Mazuki berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami pendarahan di kepala.

"Suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.