PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Sabtu memaklumkan beberapa cawangan dan pejabat LHDN di Terengganu ditutup sementara mulai esok hingga 16 Mac bagi kerja sanitasi.
LHDN dalam kenyataan menyatakan ia melibatkan cawangan Pejabat Pengarah Negeri Terengganu dan Kelantan, Kuala Terengganu, Cawangan Siasatan Kuala Terengganu, Pusat Khidmat Hasil (PKH) Kemaman dan PKH Dungun.