'Lega empat anak terima sijil kelahiran'

Iklan
Halimah bersyukur dan gembira apabila keempat-empat anaknya kini memiliki dokumen sijil kelahiran.

RANTAU PANJANG - Seorang ibu tunggal dari Kampung Petai Dusun, Baroh Pial di sini lega apabila impian untuk melihat empat anaknya memiliki sijil kelahiran menjadi kenyataan sekali gus menamatkan penantiannya hampir satu dekad.

Halimah Ahamad, 46, berkata, disebabkan kemiskinan menyebabkan dia gagal berbuat demikian.

Iklan
Iklan

Menurut Halimah, dia dan suami berkahwin di Thailand dan mempunyai 10 orang anak dan lima darinya sudah mempunyai dokumen sijil kelahiran.

"Seorang meninggal dunia ketika usia lima tahun manakala empat lagi tidak mempunyai dokumen sijil kelahiran dan menyukarkan mereka untuk mendaftar persekolahan," katanya.

Iklan

Wanita itu juga mengakui kesilapannya yang mengabaikan perkara tersebut kerana statusnya, masalah kabur penglihatan tinggal dan lebih menyukarkan kerana tinggal di pedalaman.

Bagaimanapun, Halimah berkata, dia nekad memperjuangkan hak anak-anak dan memberanikan diri ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran untuk membuat aduan mengenai masalah berkenaan.

Iklan

Kini, kata Halimah dia bersyukur kerana keprihatinan pihak JPN menyelesaikan masalah anak-anaknya.

Puspanita Cawangan Kecil JPN diwakili Nazirah (kiri) turut sama meraikan hari ulang tahun kelahiran anak Halimah iaitu Che Nor Shafikah di rumah mereka di Kampung Petai Dusun, Rantau Panjang.

"Saya sangat terharu apabila JPN memudahkan segala urusan kami sehingga sanggup datang ke rumah berulang kali membantu merealisasikan impian anak-anak.

"Terima kasih JPN kerana bantu kami," katanya.

Anak-anak Halimah iaitu Che Nor Shafikah Che Amat Mudi, 10, Che Mohammad Adam, 8, Che Nor Amiera,6, dan Che Nur Alisha,4, menerima dokumen sijil kelahiran mereka yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh.

Turut hadir ialah Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil JPN, Datin Nazirah Abd Hamid.