Runtuhan tebing: Mangsa terharu terima sumbangan

Iklan
Mangsa dari zon kuning iaitu Wan Noraini Wan Ahmad, 76, (kanan) dan Zainab Harun, 72, (kiri) turut sama menerima sumbangan berbentuk kerusi roda yang disampaikan oleh Zaman Khan (tiga dari kanan).

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Salah seorang mangsa runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi di sini terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan negeri serta Persekutuan yang tampil menghulurkan sumbangan kepadanya dan mangsa lain.

Terbaharu pada Ahad, Wan Khadijah Wan Ibrahim, 77, bersama beberapa mangsa yang terkesan dengan kejadian itu menerima sumbangan dari Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) (ASIS).

Pada majlis ringkas itu, Wan Khadijah dan mangsa runtuhan tebing Sungai Kelantan menerima sumbangan RM3,000 setiap seorang disampaikan Pengerusi ASIS (Baru), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Iklan
Iklan

Wan Khadijah berkata, dia merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu meringankan bebannya termasuklah tiga lagi mangsa dalam insiden tersebut.

"Sumbangan yang dihulurkan setakat ini amat membantu kami selepas kehilangan harta benda termasuklah rumah 'ditelan' runtuhan itu," katanya.

Iklan

Menurutnya, lebih melegakan lagi bantuan sewa rumah berjumlah RM500 sebulan sepanjang tempoh enam bulan oleh kerajaan amat meringan beban mereka.

Katanya, dia akan memanfaatkan sebaik mungkin bantuan-bantuan yang diterima itu dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Iklan

Wan Khadijah berkata, penduduk terlibat kini menunggu kata putus dari kerajaan mengenai masa depan mereka selepas kejadian itu.

Sementara itu, Zaman Khan berkata, sumbangan tersebut dihulurkan selepas mereka terkesan dengan nasib yang menimpa mangsa runtuhan tebing tersebut.

"Sumbangan ini bertujuan meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa.

"Alumni SIS amat berharap semua mangsa tabah mengharungi ujian ini dan dapat meneruskan hidup mereka dengan baik," katanya.

Pada 17 Februari lalu, sebanyak 15 keluarga yang tinggal di Kampung Pohon Chelagi diarah berpindah segera selepas .

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk berhubung rekahan tanah pada jam 10.30 malam Selasa.