Sindiket tipu peniaga kecil-kecilan tumpas

Iklan
Abd Khalid menunjukkan antara peralatan yang dirampas dalam serbuan yang dijalankan.

SUBANG JAYA - Sindiket menipu golongan peniaga kecil-kecilan untuk membuat pinjaman tumpas selepas polis menyerbu sebuah premis di Taman Puchong Prima di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 3 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Iklan
Iklan

"Polis berjaya memberkas 17 individu warga tempatan di premis berkenaan. Kegiatan sindiket ini menyasarkan golongan peniaga kecil dan dikesan mengiklankan perkhidmatan pinjaman wang di media sosial antaranya di Facebook dan WhatsApp.

"Mereka menipu dengan menawarkan pinjaman yang sebenarnya tidak wujud," katanya dalam sidang akhbar di IPD Subang Jaya pada Ahad.

Iklan

Menurut Abd Khalid, polis merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan sindiket untuk menjalankan aktiviti itu.

"Antara dirampas adalah telefon bimbit, komputer, dokumen dan pelbagai barangan lain. Setakat ini jumlah rampasan masih dalam siasatan," kata beliau.

Iklan