MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Ahad mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diterajui Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai presiden bagi penggal 2021 hingga 2025.
Reezal Merican menerusi hantaran dalam laman Facebook rasminya berkata, beliau percaya Hamidin dan pasukannya dapat melaksanakan amanah itu dengan baik untuk membawa pembangunan dan kegemilangan bola sepak tanah air ke peringkat yang lebih tinggi.