UMNO Perak tolak sebarang rundingan kerusi

Iklan
SAARANI

IPOH - UMNO Perak kekal dengan pendirian untuk tidak akan berkompromi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melibatkan kerusi-kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, pendirian UMNO negeri itu tidak pernah berubah terhadap kerusi-kerusi melibatkan wakil rakyat UMNO yang menyertai Bersatu selepas pilihan raya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, UMNO akan meletakkan calon bertanding di Parlimen Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang biarpun ketiga-tiga wakil rakyat tersebut sudah menjadi ahli Bersatu.

"Saya dah tegaskan sejak dulu. Tiada kompromi. UMNO tetap akan bertanding di (Parlimen) Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang,” katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Saarani mengulas kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengajak UMNO kembali ke meja rundingan.

Pada 14 Februari lalu, UMNO Perak memberi kata dua kepada Bersatu supaya tidak bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU14.

Iklan

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan tetap bertegas supaya semua kerusi Parlimen dan DUN tersebut kekal ditandingi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).