Proton Satria terjunam dalam lombong, dompet dan selipar ditemui

Iklan

SUNGAI SIPUT - Sebuah kereta terjunam ke dalam lombong pada kedalaman 15 meter berhampiran sebuah pasar raya di Taman Lintang Perdana di sini pagi Isnin.

Makluman berhubung kejadian itu diterima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput pada jam 7.20 pagi.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat awal memberitahu, terdapat sebuah kereta jenis Proton Satria telah terjatuh ke dalam lombong berkenaan.

"Pihak polis telah menemui dompet dan sepasang selipar di tebing lombong itu.

Iklan

"Pada masa ini, operasi mencari masih dilakukan bagi mengesan mangsa yang terlibat," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Kuala Kangsar.

Iklan