SHAH ALAM - Pengeluar produk peralatan rumah, SK magic menegaskan pengguna tidak perlu risau mengenai penggunaan elektrik yang tinggi terutamanya daripada produk keluarannya, penapis air JIKSOO.
Pengarah Urusan SK magic Malaysia, Kim Kyung Won berkata, penapis air itu menggunakan sistem pemanasan dan penyejukan segera yang hanya berfungsi apabila air panas atau sejuk dikeluarkan.
"Melalui teknologi ini, tahap suhu air panas atau sejuk adalah optimum pada setiap penggunaan.
"SK magic komited untuk menjadi pengeluar peralatan rumah dipercayai rakyat Malaysia yang menjaga kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan melalui penggunanya melalui produk teknologi dari Korea,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Kyung Won, syarikat telah melabur dalam penyelidikan dan inovasi bertujuan untuk menyediakan peralatan rumah yang berteknologi maju dari Korea kepada pengguna Malaysia secara langsung.
"Produk keluaran kami, penapis air JIKSOO dilengkapi dengan sistem ‘inverter’ pemampat yang membolehkan penggunaan elektrik rendah dan penjimatan tenaga. Ia adalah yang terendah berdasarkan penyelidikan dan pengembangan dalaman kami,” katanya.
Beliau berkata, secara umumnya, rata-rata isi rumah di Malaysia menggunakan lima liter air panas dan sejuk.
"Berdasarkan penggunaan harian 5 liter air panas dan 5 liter air sejuk, semua pembersih air JIKSOO menggunakan elektrik tidak lebih dari 0.35kWh / hari yang bersamaan dengan harga 11 sen. Jadi, secara bulanan, jumlah ini tidak melebihi RM3.40 dalam bil elektrik pengguna.
"Semua pembersih air JIKSOO menggunakan jumlah elektrik yang sama (iaitu 0.35kWh / hari), iaitu antara 76 peratus hingga 81 peratus lebih rendah daripada jenama lain di pasaran. Ini juga akan menghasilkan penjimatan minimum 40 peratus dalam kos elektrik,” katanya.
Beliau berkata, kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenai pembersih air dengan teknologi pemanasan dan penyejukan menyebabkan bil elektrik tinggi adalah secara umum sahaja.
"Peralatan penapis air tidak boleh dimasukkan ke dalam kategori sama dengan peti sejuk dan penghawa dingin,” katanya.