KASA lulus RM60 juta baik pulih tebing runtuh Sungai Kelantan

Iklan
Tuan Ibrahim meninjau keadaan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas.

PASIR MAS - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) meluluskan peruntukkan berjumlah RM60 juta bagi kerja-kerja membaik pulih cerun tebing Sungai Kelantan yang runtuh di Kampung Pohon Chelagi di sini.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jumlah itu diluluskan oleh Kabinet mengikut cadangan bajet yang dipohon oleh kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

"Kita akan segerakan kerja-kerja baik pulih cerun tebing yang runtuh ini," katanya selepas meninjau situasi terkini runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi, di sini pada Isnin.

Menurutnya, KASA mahu projek tersebut disiapkan sebelum musim tengkujuh sama ada Oktober atau November depan bagi mengelakkan runtuhan menjadi lebih teruk.

Iklan

Tuan Ibrahim berkata, jumlah yang diperuntukkan itu juga membabitkan proses pengambilalihan 20 lot tanah milik penduduk yang terlibat dengan musibah itu.

"Kita akan bangunkan kawasan ini sebagai pusat rekreasi yang akan menjadi mercu tanda pelancongan kepada Pasir Mas pada masa hadapan," katanya.

Iklan

Dalam kejadian tanah runtuh pada 17 Februari, sebanyak lima rumah musnah menyebabkan kesemua 45 keluarga membabitkan 98 orang diarahkan berpindah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tebing Sungai Kelantan runtuh