Aktiviti berbasikal dirasmi Zuraida patuh SOP

Iklan
Jabatan Landskap Negara (JLN)

SHAH ALAM - Aktiviti berbasikal melalui Program Malaysia Prihatin Norma Baharu Berekreasi anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Lanskap Negara (JLN) tidak terbuka kepada orang awam serta bukan satu kejohanan atau pertandingan.

JLN melalui kenyataan di Facebook pada Sabtu memaklumkan, aktiviti berbasikal tersebut hanya melibatkan 30 orang yang terdiri daripada kakitangan JLN dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Iklan
Iklan

Kenyataan itu turut menyebut laporan media berkaitan aktiviti kayuhan basikal di Zon Rekreasi Keluarga Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur adalah tidak tepat.

"Mengikut SOP (prosedur operasi standard) am PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) bertarikh 5 Mac yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), aktiviti berjoging dan berbasikal adalah dibenarkan.

Iklan

"Pengunjung berbasikal turut menjalankan aktiviti ‘plogging’ sesuai dengan peranan agensi dalam pembersihan awam. Selain itu, pengunjung berbasikal dipastikan kesihatannya melalui imbasan suhu sebelum memasuki taman tersebut.

"Pelepasan basikal ini adalah bertujuan untuk mempromosikan amalan berbasikal norma baharu dengan sentiasa memastikan penjarakan sosial, memastikan kebersihan diri dan tidak berkongsi peralatan serta sentiasa memastikan keselamatan ketika berbasikal,” katanya di Facebook pada Isnin.

Iklan

Pada Ahad, beberapa gambar tular berkaitan dakwaan pelanggaran SOP PPKB melibatkan Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Dalam masa sama, JLN berkata, tempat tersebut merupakan kawasan terbuka dengan keluasan lebih 400 ekar dan mereka yang hadir perlu menggunakan pembasmi kuman yang disediakan dan memakai pelitup muka.

"Jabatan Landskap Negara sentiasa merujuk dan mematuhi arahan semasa kerajaan berkenaan SOP am PKPB. Pihak Jabatan juga sentiasa memastikan pengunjung yang hadir mematuhi terhadap SOP yang ditetapkan,” ujarnya.