Tiada lagi titik kebakaran di Gunung Baling

Iklan
Jamil (dua kanan) memberikan taklimat kepada pasukan bomba

BALING - Tiada lagi titik kebakaran dikesan di Gunung Baling setakat ini.

Penolong Penguasa Bomba Ketua Balai Baling, Jamil Mat Daud berkata, operasi memasuki kali ke sembilan hari ini diteruskan dengan pemantauan dron dan pemantau pasukan pemadam.

Iklan
Iklan

"Setelah operasi pemadaman dilakukan semalam sehingga lewat petang, tiada lagi spot kebakaran yang dilihat di atas Gunung Baling.

"Namun pemantauan hari ini akan diteruskan di kawasan sempadan yang terbakar iaitu di puncak Gunung Baling," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gunung Baling terbakar

ARTIKEL BERKAITAN: Gunung Baling terbakar: Usaha padam api melalui darat terhalang

Iklan

Beliau berkata, keadaan cuaca yang baik dua hari kebelakangan ini membantu operasi pemadaman.

"Namun angin masih kuat dan banyak daun kering memungkinkan kebakaran berlaku semula dan merebak dengan pantas," katanya.

Iklan

Tambahnya, pihak bomba akan pertimbangkan untuk menutup operasi sekiranya hujan di kawasan Gunung Baling selain tiada spot kebakaran dalam tempoh dua hari akan datang.