Peniaga pasar malam gesa MBSJ sedia tapak niaga lebih selesa

Iklan
Peniaga-peniaga menyuarakan keluhan mereka secara aman di tapak Pasar Malam Batu 13, di sini.

PUCHONG - Kira-kira 70 peniaga pasar malam di Batu 13 di sini, menggesa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyediakan tapak perniagaan yang lebih selesa untuk mereka berniaga.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Puchong (4P), Ahmad Husaini Abu Bakar berkata, mereka diarahkan keluar oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dari tapak asal sejak dua tahun lalu bagi memberi laluan kepada projek pembinaan bangunan perniagaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, disebabkan itu, mereka terpaksa berniaga di kawasan pagar tapak pembinaan bangunan tersebut dan sekitar Puchong.

Ahmad Husaini berkata, pihaknya pernah menghubungi MBSJ untuk berbincang berhubung isu tapak perniagaan yang sesuai untuk mereka pindah, namun jawapan yang diterima sangat mengecewakan.

Iklan
Ahmad Husaini

"Mengapa kami disisihkan sedangkan pasar tani dibenarkan untuk berniaga di Puchong Permai, tapi kami tidak dapat dipindahkan?

"Sepatutnya pihak MBSJ membela nasib kami, saya percaya Datuk Bandar MBSJ mempunyai hati yang baik untuk bantu kami. Jadi kami harap pihak MBSJ memberi pertimbangan sewajarnya untuk dipindahkan ke tapak perniagaan di Puchong Permai,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini pada Ahad.

Iklan

Sementara itu, wakil peniaga belia, Muhammad Faridullah Mokhtar turut meluahkan kekesalan terhadap segelintir pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengabaikan kebajikan peniaga pasar malam di sini.

Menurutnya, hasil jualannya turun mendadak sebanyak 70 peratus sejak dia dan peniaga lain diarahkan keluar daripada tapak pasar asal mereka.

Muhammad Faridullah

"Walaupun kami dah tubuhkan persatuan 4P, tapi pihak berkenaan masih tidak mengendahkan keluhan kami.

"Saya sangat sedih dengan keadaan sekarang sebab saya membesar dengan berniaga di sini, melalui hasil berniaga di sinilah saya boleh melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, peniaga pasar malam, Hashim Md Isa, 69, mengakui terkilan kerana perlu berniaga di tepi jalan dan keadaan itu dakwanya turut menyusahkan pengunjung yang ingin ke gerai jualannya.

Menurutnya, walaupun keadaan tapak niaga itu menjejaskan sumber pendapatannya, namun dia tidak mempunyai pilihan lain kerana itu sahaja mata pencariannya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Hashim

"Bagilah kami tapak yang selesa, jangan beri kami berniaga di tepi jalan berhabuk dan membahayakan keselamatan pengunjung.

"Walaupun untung sedikit, tapi kami terus berniaga kerana jika tidak, kami nak makan apa,” katanya.

Sinar Harian sedang dalam usaha mendapatkan respon daripada pihak MBSJ berhubung isu tersebut.