Pemandu lori dituduh tunjuk kemaluan

Iklan
185986

SEREMBAN - Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, atas pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada kanak-kanak Januari lalu.

Tertuduh Ismail Shansuddin, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang sudah berkahwin telah melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun lima bulan dengan cara menunjukkan kemaluan.

Perbuatan itu dilakukan pada 10 Januari 2019, jam lebih kurang 7 petang di kawasan Tanah Perkuburan Islam Jelai 2(F) Gemas, Tampin.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau keduanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hafizah Abdullah tidak mencadangkan sebarang jaminan.

Iklan

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya diberikan jaminan rendah kerana hanya mempunyai pendapatan RM1,000 selain perlu menyara isteri dan ibu bapa.

Mahkamah memutuskan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes 14 Mac depan.

Tertuduh juga perlu melapor diri di Balai Polis Tampin setiap 15 hari bulan setiap bulan selain tidak dibenarkan berhubung atau berkomunikasi dengan mangsa serta keluarganya.

Jika ada laporan dibuat, jaminan akan ditarik balik.