Tunai nazar sumbang 2 tan ikan kembung percuma

Iklan
Baitul Mustawa (kanan) mengagihkan ikan kembung percuma secara pandu lalu kepada penduduk sekitar di Pusat Perniagaan Batu 40 di sini.

Lebih manis pemberian ikan percuma itu dilakukan sempena menyambut ulang tahun kelahiran pada Isnin.

SABAK BERNAM - Seorang ahli perniagaan dalam talian mengambil inisiatif mengagihkan sebanyak dua tan metrik ikan kembung percuma secara pandu lalu kepada penduduk sekitar di Pusat Perniagaan Batu 40 di sini.

Baitul Mustawa Rais, 35, berkata, inisiatif itu dilakukan bagi menunaikan nazar sekiranya perniagaan yang diusahakannya itu memberikan keuntungan.

Iklan
Iklan

"Saya berniat memberikan ikan percuma sebaik menceburi bidang perniagaan dalam talian sejak lapan tahun lalu.

"Alhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang dan rezeki ini saya ingin berkongsi dengan golongan memerlukan terutama yang hilang punca pendapatan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Iklan

Baitul Mustawa berkata, lebih manis pemberian ikan percuma itu dilakukan sempena menyambut ulang tahun kelahirannya pada Isnin.

"Dengan bertambahnya usia, saya berdoa agar diberikan kesihatan berpanjangan dan dapat meneruskan kerja-kerja kebajikan untuk membantu rakyat di tempat kelahiran saya sendiri," katanya.

Iklan

Katanya, penyerahan ikan percuma secara pandu lalu yang mendapat permit daripada polis itu mula diagihkan kepada penduduk sejak jam 8 pagi.

"Kita mengagihkan kesemua ikan percuma ini dalam tempoh tiga jam dan kami amat berpuas hati sepanjang program ini berlangsung," katanya.

Menurut Baitul Mustawa, bekalan ikan itu diperoleh daripada rakannya di Bertam, Pulau Pinang.

"Rata-rata penerima gembira dengan inisiatif seperti ini dan mereka berterima kasih dengan sumbangan tersebut," katanya.