72 pegawai Pusat Pemulihan Akhlak Machang terima vaksin

Iklan
Penolong Penguasa Penjara, Zaini Salim (kanan) melihat anggotanya yang menjalani saringan sebelum menerima suntikan Covid-19 di PPA Machang di sini.

MACHANG – Seramai 72 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dari Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang di sini menerima suntikan vaksin Covid-19 di Dewan Dato Sri Haji Zulkifli Omar, pada Isnin.

Pengarah Penjara Machang, Penolong Komisioner Penjara, Ahmad Mustaqim Che Bisi berkata, pihaknya mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Machang bagi memberi pendedahan mengenai vaksinasi tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka juga perlu berwaspada dengan kesihatan banduan baharu kerana mungkin berdepan risiko jangkitan melakukan ujian swab setiap kali keluar masuk terutamanya banduan-banduan baru.

"Kita juga akan terus melakukan proses sanitasi kawasan apabila mendapat tahu ada banduan yang dijangkiti,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, sebelum ini kakitangan penjara diwajibkan mensanitasikan diri setiap masa bagi memastikan tiada sebaran wabak terutama mereka kontak rapat banduan.

"Alhamdulilah, setakat ini jumlah pesakit hanya 11 orang sahaja dan mereka ditempatkan di satu lokap khas jauh daripada blok- lain bagi memastikan mereka betul-betul selamat dalam tempoh kuarantin.

Iklan

"Semua ini berpandukan daripada saranan dan nasihat daripada Pegawai Kesihatan Daerah Machang yang diketuai oleh Dr Ummu Atiyyah Hasan yang banyak membantu kami menjaga kebajikan dan kesihatan banduan dan kakitangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jajahan Machang, Nik Mohd Hasanuddin Nik Hussain ketika ditemui berkata, beliau juga menasihatkan rakyat bersedia menerima suntikan tersebut bagi memastikan penularan pandemik dapat dihentikan.

"Kita akan perluaskan lagi sebarang maklumat mengenai positifnya vaksinasi ini supaya masyarakat lebih jelas dan tidak termakan dengan gangguan yang sering di sebarkan melalui media sosial dan sebagainya.

"Alhamdulillah, dengan bantuan Jabatan Kesihatan, saya yakin selepas ini rakyat akan lebih bersedia dan tidak takut untuk menerima vaksin,” katanya.