PM New Zealand saran bincang isu rasisme, pelampau kulit putih

Iklan
Ardern membuat saranan itu ketika ulang tahun kedua memperingati serangan berdarah ke atas dua masjid di Christchurch yang meragut 51 nyawa. - Foto Agensi

WELLINGTON - Negara antarabangsa perlu mengadakan perbincangan tentang isu rasisme dan pelampau kulit putih.

Cadangan itu dilontarkan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern pada Isnin sempena ulang tahun kedua memperingati serangan berdarah ke atas dua masjid di Christchurch.

Iklan
Iklan

"Dunia perlu membincangkan tentang perkara ini. Adalah tidak adil untuk menolak tanggungjawab itu hanya kerana pengganas kulit putih, Brenton Tarrant bukan warga tempatan dan berasal daripada Australia.

"Ia adalah tanggungjawab bersama terutama para pemimpin global. Komuniti Islam di negara ini telah berdepan sentimen perkauman sejak sebelum tragedi itu berlaku,” ujarnya.

Iklan

Ketika disoal sama ada Wellington kini adalah negara yang selamat untuk komuniti Islam berbanding dua tahun lalu, beliau menjawab, ‘hanya penduduk Muslim di sini boleh memberi jawapan itu. Apa yang saya boleh katakan masih banyak perkara perlu dilakukan’.

Pada tahun lalu, Ardern pernah memohon maaf selepas Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas serangan kejam itu mendapati agensi keselamatan lebih memfokuskan ancaman keganasan membabitkan Muslim. - Agensi

Iklan