KBS, MFL dalam proses akhir bawa penonton ke stadium

Iklan
Ab Ghani ketika mengadakan taklimat secara dalam talian bersama ketua pegawai eksekutif kelab-kelab Liga-M pada Isnin. - Foto Malaysian Football League

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini dalam proses akhir mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kemasukan penonton ke stadium bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Ab Ghani Hassan mengingatkan semua kelab saingan Liga Malaysia (Liga-M) untuk terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Pihak pengurusan kelab-kelab juga diminta untuk membuat persiapan awal sementara menunggu keputusan MKN dan KKM itu seperti menetapkan laluan masuk dan keluar penonton ke stadium, menetapkan kawasan tempat duduk penonton serta penyediaan sanitasi tangan dan pemeriksaan suhu badan

"Satu perlawanan Liga Super dan satu perlawanan Liga Premier juga akan dipilih sebagai sebagai projek perintis untuk MKN dan KKM melihat SOP yang akan dikuatkuasakan sebelum kelulusan kemasukan penonton ke stadium diberikan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ab Ghani hari ini mengadakan taklimat secara dalam talian bersama ketua pegawai eksekutif kelab-kelab Liga-M bagi melakukan post-mortem berkenaan perjalanan liga musim 2021 bermula dengan perlawanan Sumbangsih sehingga minggu ketiga Liga Super dan Liga Premier.