Kalimah ALLAH: Polis kenal pasti pemilik FB didakwa menghasut

Iklan
Huzir

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia sudah mengenal pasti pemilik akaun Facebook Mujahidah Malaysia yang didakwa menghasut masyarakat mengenai isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, individu berkenaan akan hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Kita mengesan beberapa kenyataan mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac lalu, ia bersifat menghasut dasar agama dan perkauman," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Huzir berkata, kenyataan itu berdasarkan klip video berdurasi 12 minit 34 saat yang dikongsi oleh pemilik akaun Facebook itu di laman sosial.

Iklan

"Perkongsian itu memperoleh 9,700 respon, 5,900 komen dan dikongsi 7,300 pengguna Facebook," katanya.

Huzir berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Iklan

"Kita menggesa orang ramai untuk lebih berhemah menggunakan media sosial dan tidak mendatangkan kegusaran masyarakat serta menganggu-gugat keharmonian negara," katanya.