Polis Marin tahan 14 PATI Indonesia

Iklan
PATI warga Indonesia ditahan PPM di sekitar Pulau Ketam petang semalam.

KLANG - Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menahan 14 pendatang tanpa izin (PATI) semasa Op Pensura di sekitar Pulau Ketam di sini sekitar jam 3 petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, kesemua PATI warga Indonesia ditahan berusia lingkungan 21 hingga 44 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan PATI yang ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan sebahagiannya telah menetap lebih masa di negara ini.

"Kesemua mereka di bawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Khairudin berkata, tahanan di siasat dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/64 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa ditetapkan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.