LBS penuhi impian miliki rumah

Iklan
Lim Hock San

SEJAK kecil, Nursaidatul Ain Md Isa atau lebih mesra dipanggil Ain, 24, mula memasang angan-angan untuk mempunyai rumah sendiri suatu hari nanti.

Dia juga sering mendengar topik perbualan keluarga berkisar kepada isu rumah apabila abang-abang dan kakak-kakaknya berumah tangga.

Iklan
Iklan

Sebagai anak bongsu, Ain menjadikan inti pati perbualan keluarga itu sebagai pendorong untuknya mula menabung sebagai persediaan untuk membeli rumah sendiri.

Ibarat pepatah Melayu, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Dia berusaha keras untuk memastikan impiannya menjadi kenyataan.

Iklan

"Kedengaran sedikit klise tapi inilah kenyataannya. Saya letakkan sasaran untuk memiliki sebuah rumah sebelum mencapai usia 25 tahun,” katanya.

Bagi Ain, banyak faktor perlu diambil kira sebelum memilih rumah. Membuat perbandingan dan kajian seperti lokasi, harga dan latar belakang reputasi pemaju perlu menjadi keutamaan.

Iklan

Memegang jawatan sebagai pembantu tadbir di sebuah firma guaman menjadikan Ain begitu berhati-hati merancang perjalanan kewangan.

"Apabila saya mendirikan rumah tangga tahun lepas, awal-awal lagi saya beritahu suami tentang impian saya dan seboleh-bolehnya tidak mahu suami membantu,” katanya.

Akhirnya, setelah menyenaraikan beberapa projek perumahan dan wang simpanan, Ain membuat keputusan untuk membeli sebuah kediaman pangsapuri di sebuah kawasan perbandaran yang sedang membangun di Selatan Selangor.

Kawasan perumahan baharu itu terletak di Cybersouth, Dengkil dan berstatus tanah rizab Melayu. Ain menyukai lokasinya kerana tidak begitu jauh dari kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan serta berhampiran dengan beberapa lokasi strategik seperti Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA.

Ironinya, unit rumah yang dipanggil ‘KITA Impian’ ini merupakan satu kebetulan yang sangat membahagiakannya.

Impiannya untuk memiliki rumah sendiri direalisasikan pada tahun 2019 dan akan mendapatkan kunci kediaman.

"Saya begitu teruja apabila dihubungi oleh pihak pemaju dan saya juga dijemput untuk mendapatkan komen serta maklum balas bagi segmen ‘Happy Customer’,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, menjadi hasrat LBS untuk membantu lebih ramai lagi pembeli rumah untuk merealisasikan impian mereka seperti Ain.

"Seiring matlamat kami untuk memperkasakan individu dan meningkatkan komuniti, projek perbandaran KITA @ Cybersouth dibangunkan dengan elemen yang sarat dengan nilai-nilai budaya dan kemasyarakatan,” katanya.

Perbandaran KITA @ Cybersouth bertemakan ‘kemudahan gaya hidup’ memenuhi keperluan keluarga dan direka dengan teliti bagi memenuhi kehidupan yang praktikal dan selesa.

Pembangunan ini terdiri daripada rumah teres, rumah bandar, pangsapuri perkhidmatan, kedai dan unit komersial.

Selain KITA Impian, projek perbandaran KITA @ Cybersouth turut menampilkan KITA Bayu, KITA Harmoni, KITA Ria dan KITA Mekar, masing-masing mempunyai keunikan tersendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai KITA @ Cybersouth, sila layari di www.lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998.