NEW CARLISLE - Seorang remaja lelaki ditahan polis berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui di hutan berhampiran rumahnya di New Carlisle, Indiana pada Isnin.
Menerusi laporan New York Post, polis menegaskan remaja berusia 14 tahun adalah suspek utama kematian Grace Ross berusia enam tahun dan berjaya ditangkap kira-kira dua jam selepas kehilangan kanak-kanak malang terbabit.
Iklan
Iklan
Grace ditemui sekitar jam 8.25 malam (waktu tempatan) pada Jumaat selepas keluarganya membuat laporan polis pada jam 6.30 petang (waktu tempatan).
Seorang jiran yang tinggal di kawasan terbabit selama 40 tahun melahirkan rasa terkejut mendengar berita kematian Grace.
"Anda tidak akan menjangkakan perkara ini berlaku di kawasan perumahan anda. Ia sungguh mengerikan.
"Tidak sangka, Grace hilang dan dua jam kemudian menerima berita dia sudah meninggal dunia. Insiden ini sangat menyedihkan," katanya.
Menurut South Bend Tribune, kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan keputusan bedah siasat belum diperoleh.