SEREMBAN - Seorang perunding projek direman enam hari bermula pada Selasa bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta rasuah RM5,000 awal bulan ini.
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Riduan Kadri di Mahkamah Khas Reman Seremban.