JPNSEA mara ke liga profesional PUBG

Iklan
Mohamad Taufek (duduk di depan dari kiri) bersama pemain JPNSEA semasa Majlis Memorendum Persetujuan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan dengan Syarikat JP Pejuang Resources.

SEREMBAN - Buat julung kalinya Pasukan Sukan Eektronik ( e-sukan) Negeri Sembilan berjaya melangkah ke Liga Profesional, PUBG Mobile, Professional League MY/SG Musim Ketiga yang dijadualkan berlangsung pada 25 Mac hingga 24 April depan.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, kejayaan pasukan JPNSEA (Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan) berjaya membuktikan bahawa e-sukan ini juga dapat dijadikan karier dan mempunyai masa hadapan yang cerah bagi anak muda.

Iklan
Iklan

Katanya, persepsi awal mengenai e-sukan yang dikatakan boleh melalaikan, kini boleh diubah apabila jenis sukan itu turut membawa kejayaan kepada anak muda.

"Aktiviti e-sukan kini semakin mendapat tempat dan perhatian anak muda melalui penstriman dalam talian.

Iklan

"Di Negeri Sembilan ini juga kita telah melahirkan atlet e-sukan yang terkenal seperti Din Jumper dan kita bakal melahirkan lebih ramai lagi pada masa akan datang,"katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama JP Pejuang Resources dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan (NSEA), di Restoran Wadi Ar Raudah pada Selasa.

Iklan

Tambahnya, persepsi terhadap e-sukan ini mula berubah apabila Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengorak langkah dengan memberi penerangan terperinci berkenaan masa depan yang cerah dalam sukan itu.

Pada program tersebut, NSEA menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama JP Pejuang Resources bagi membantu pembangunan e-sukan di negeri ini.

NSEA diwakili Presidennya, Muhammad Faries Faizal Shamsul, manakala JP Pejuang Resources diwakili Pengasasnya, Muhammad Arif Zainon Rashid yang disaksikan oleh Mohamad Taufek.

Dalam pada itu, Muhammad Faries berkata, MoUdapat membantu menampung kos pembayaran gaji selain menyediakan tempat kediaman serta makan dan minum kepada pemain dan jurulatih e-sukan.

Cap pic: Datuk Mohamad Taufek (dua dari kiri) bersama pemain JPNSEA semasa Majlis Memorendum Persetujuan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan dengan Syarikat JP Pejuang Resources.