Pemandu wanita mabuk langgar dua motosikal dicari

Iklan
Gambar pemandu wanita dan kenderaan yang melanggar dua motosikal tular di laman sosial.

AMPANG - Polis sedang mengesan seorang wanita yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar dua motosikal di Taman Bukit Mulia Bukit Antarabangsa di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 12.41 tengah malam itu, wanita berusia 52 tahun itu memandu kereta jenis Toyota Vios telah menghimpit dan melanggar dua motosikal Yamaha Avantis dan Harley Davidson.

Iklan
Iklan

"Salah seorang penunggang motosikal itu dipercayai sedang membantu seorang individu yang mengalami kerosakan motosikalnya di tepi jalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kedua-dua penunggang terbabit telah meminta pemandu wanita itu membuat laporan polis, namun dia terus memecut melarikan diri.

Iklan

"Kita sedang mengesan maklumat pemandu tersebut melalui semakan nombor pendaftaran kenderaan," katanya.

Mohamad Farouk berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya," katanya.

Satu video berdurasi seminit yang tular di laman sosial itu memaparkan wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedar dan mengaku memandu dalam keadaan mabuk.