Tiga hotel di Genting terima pengesahan keselamatan Forbes Travel Guide

Iklan
Junior Suite yang terdapat di Crockfords.

SHAH ALAM - Crockfords, Genting Grand dan Highlands Hotel di Resorts World Genting telah menerima lencana Sharecare Health Security VERIFIED daripada Forbes Travel Guide.

Naib Presiden Eksekutif Riadah dan Perhotelan, Resorts World Genting, Datuk Edward Holloway berkata, ketiga-tiga hartanah tersebut adalah antara beberapa hotel di Malaysia yang mendapat pengesahan keselamatan kesihatan.

Iklan
Iklan

Menurut Holloway, pengesahan itu menunjukkan bahawa hotel berkenaan telah menggunakan amalan terbaik yang disahkan oleh pakar dan langkah keselamatan serta kesihatan di seluruh kawasan penginapannya.

"Kami berbesar hati kerana langkah-langkah keselamatan dan protokol yang ketat telah diakui oleh Forbes Travel Guide. Pengesahan ini adalah bukti komitmen kami dalam menjaga kesihatan dan keselamatan semua tetamu dan pekerja kami.

Iklan

"Dengan menjadi Sharecare Health Security VERIFIED, tetamu dapat menempah penginapan di hotel kami iaitu Crockfords, Genting Grand dan Highlands Hotel dengan tenang,” katanya dalam satu kenyataan.

Lencana Sharecare Health Security VERIFIED telah diberikan kepada hotel setelah penilaian komprehensif dilakukan meliputi lebih dari 360 standard keselamatan kesihatan global.

Iklan

Ia termasuklah protokol kesihatan dan kebersihan, produk dan prosedur pembersihan, topeng dan pakaian perlindungan diri (PPE), pengudaraan, pengurusan akauntabiliti serta komunikasi keselamatan kesihatan dengan tetamu dan pekerja.