Ranhill Utilities tersenarai bangun loji solar

Iklan

RANHILL Utilities Berhad (RUB) dan sembilan syarikat lain telah dipilih bagi pembangunan loji solar berskala besar untuk tujuan penghasilan 500 megawatt tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia mulai tahun 2023.

Menerusi satu pengumuman kepada Bursa Malaysia, RUB memaklumkan bahawa Suruhanjaya Tenaga (ST) menyenarai pendek sepuluh pembida untuk Pakej P2 (500MW) LSS @ MEnTARI di mana setiap pembida diperuntukkan kapasiti eksport 50MW.

Iklan
Iklan

RUB disenarai pendek dan dipilih bagi mengendalikan pengeluaran solar 50 megawatt setahun di Batang Padang, Perak, jika memenuhi syarat tambahan.

Projek ini memerlukan Ranhill menguruskan pembiayaan, reka bentuk, pembekalan, pembinaan, pemilikan, pengoperasian dan penyelenggaraan Loji Fotovoltan Solar Skala Besar 50MW bagi tujuan membekalkan tenaga elektrik selama 21 tahun mulai tahun 2023.

Iklan

Pada 31 Mei tahun lepas, ST telah mengeluarkan iklan Request For Proposal (RFP) bagi cadangan pembangunan 10 Loji Fotovoltan Solar Berskala Besar 50 megawatt di Semenanjung Malaysia.

Ranhill telah mengemukakan cadangan mereka pada 2 September tahun yang sama.

Iklan

Loji Solar Berskala Besar atau dikenali sebagai LSS adalah program pembidaan secara bersaing untuk menurunkan Penyamarataan Kos Tenaga (LCOE) bagi membangunkan loji fotovoltan solar berskala besar (LSS) dan Suruhanjaya Tenaga adalah merupakan agensi pelaksana untuk rancangan ini.