Masih terlalu awal tentukan kerjasama PKR-UMNO: Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan masih terlalu awal atau pra-matang untuk tentukan kerjasama dengan UMNO.

Bagaimanapun, beliau berkata, perbincangan dengan UMNO masih lagi berterusan.

Iklan
Iklan

"Ada soalan yang bertanya adakah ada kemungkinan kerjasama (dengan UMNO), saya kata saya tak menolak kemungkinan.

"Tapi ini agak terlalu awal atau pra-matang untuk saya tentukan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan PKR di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Iklan

Pada Ahad media melaporkan Anwar mendedahkan wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti terbabit.

Menurut Anwar, perbincangan awal itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif.

Iklan

Mengulas lanjut, Anwar mendakwa, terdapat juga ahli Parlimen dari UMNO yang menyokong kerjasama antara kedua-dua parti.

Malah ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kerjasama berkenaan boleh dicapai sekiranya UMNO bertindak keluar daripada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam pada itu, ditanya mengenai intipati perbincangan antara beliau dengan pemimpin UMNO, Anwar berkata, masih terlalu awal untuk beliau memperinci mengenai perbincangan tersebut.

"Terlalu awal (untuk saya terangkan), ada isu kukuh seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), pemerintahan yang baik. Ini pandangan-pandangan yang penting.

"Bagi saya satu permulaan sangat positif. Dalam negara kita politik penuh kezaliman. Tak setuju tangkap dera, masuk penjara pukul," katanya.