Lelaki rogol rakan dipenjara 14 tahun, tiga sebatan

Iklan
Muhammad Jufri Imran Sidek (kiri) dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Selasa.

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol rakannya berusia 15 tahun dalam kejadian dua tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Muhammad Jufri Imran Sidek, 21, di akhir kes pembelaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dari Kampung Demang, Merchang di Marang didakwa merogol mangsa, pada 17 Januari 2019 jam 1 pagi di sebuah bangsal di Kampung Pantai Merchang, Marang.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan berkenaan pada 23 Januari 2019 jam 2.30 pagi di beranda hadapan rumah di Jalan Pantai Merchang, Marang.

Iklan

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama jam 3 pagi pada 24 Januari 2019 di sebuah beranda di hadapan sebuah kediaman di Jalan Pantai Merchang, Marang.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Iklan

Tertuduh seterusnya dijatuhi hukuman tujuh tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga berjalan secara serentak bermula pada tarikh sabitan.

Bagaimanapun, mahkamah menerima permohonan tertuduh menerusi peguambelanya, Aziz Hassan agar hukuman penjara ditangguhkan dengan jaminan sebanyak RM16,000.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud.