Bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat tarawih dibenarkan

Iklan
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Suasana sambutan menjelang Aidilfitri tahun ini digambarkan lebih meriah dan bermakna berbanding tahun lalu apabila kerajaan pada Selasa bersetuju membenarkan operasi bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan solat tarawih di seluruh negara pada bulan Ramadan ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun beliau berkata, SOP bagi penganjuran bazar akan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri, dan kebenaran solat tarawih pula tertakluk kepada SOP dan keputusan pihak berkuasa agama negeri.

"Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal hari ini (Selasa) bersetuju untuk membenarkan operasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

Iklan

"Apa yang penting adalah SOP perlu dipatuhi sepenuhnya, antaranya adalah lokasi di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala (pintu masuk dan keluar berbeza), pendaftaran MySejahtera di pintu masuk dan kawalan jumlah pengunjung.

"Waktu operasi bazar Ramadan dari jam 3 petang hingga 8 malam dan bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Iklan

"Selain itu, mesyuarat juga bersetuju untuk membenarkan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara. Bagaimanapun, jumlah kehadiran jemaah adalah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menjelaskan, bagi penganjuran bazar Ramadan dan Aidilfitri iaitu membabitkan jumlah gerai, saiz tapak dan lain-lain akan ditentukan PBT negeri masing-,masing sebelum diluluskan.

Katanya, sebagaimana yang telah dibentangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dipersetujui pihaknya.

"SOP operasi bazar bagi Kuala Lumpur akan diumumkan oleh DBKL dalam masa terdekat,” katanya.