Patuhi Prosedur Operasi Standard

Iklan
Penduduk sekitar mengambil kesempatan masa terluang membawa anak-anak bermain buaian dan bersiar-siar di Pantai Teluk Sisek dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dilaksanakan di Pahang ketika tinjauan lewat petang hari ini.

Pantai yang terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat Bandar Raya Kuantan itu sering dikunjungi orang ramai terutama pada waktu lewat petang untuk melihat panorama indah matahari terbenam.

Orang ramai diminta agar terus berdisiplin dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan kawalan kendiri amat dituntut bagi memerangi Covid-19 di negara ini.

Iklan
Iklan