Wujudkan undang-undang jenayah ilmu hitam

Iklan

SHAH ALAM - Kerajaan diminta mengambil langkah proaktif bagi menyegerakan pelaksanaan undang-undang jenayah sihir di Malaysia bertujuan mengekang fenomena ilmu hitam itu daripada terus memporak-perandakan kehidupan masyarakat.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian mendapati wujud kes-kes-kes individu menanggung derita dikatakan akibat terkena sihir sehingga mencetuskan persengketaan dan menyebabkan kematian.

Malah, unsur ilmu hitam juga sering dilaporkan berlaku dalam kalangan peniaga, pasangan suami isteri, artis, ahli politik dan tokoh korporat.

Iklan

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan ketaasuban terhadap amalan tahyul dan syirik menyebabkan orang ramai rugi berjuta-juta ringgit setiap tahun gara-gara ditipu bomoh.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (Accin), Ab Razak Mahadi berkata, undang-undang jenayah sihir wajar diperkenalkan khususnya bagi membela mangsa yang teraniaya kesan perbuatan ilmu hitam.

Iklan

Menurutnya, walaupun ilmu sihir tidak dapat dilihat mata kasar namun ia masih boleh dibuktikan melalui kaedah forensik dan kepakaran pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh jabatan siasatan khas

Brunei negara terawal laksana undang-undang sihir

PDRM belum terima cadangan laksana undang-undang jenayah

Jenayah sihir boleh dibuktikan melalui DNA

"Perbuatan sihir berlaku dalam masyarakat dari dulu hingga sekarang, cuma untuk membuktikan wujudnya unsur jenayah tersebut, itu yang dilihat masih sukar terutamanya untuk dibawa ke mahkamah.

"Justeru, Accin berpendapat undang-undang jenayah sihir digubal segera dengan memperincikan kaedah penyiasatan dan pembuktian,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Katanya, jika undang-undang jenayah sihir ini dapat diwujudkan, ia juga mampu menyelamatkan akidah umat Islam.

Sementara itu, peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad berkata, undang-undang jenayah sihir boleh diwujudkan sekiranya kekangan awal seperti kaedah untuk pihak pendakwa membuktikan wujudnya elemen sihir dapat diselesaikan.

"Selain itu, di peringkat awal ini mungkin kita akan berdepan kesukaran mencari pakar yang hendak menentukan sama ada orang ini terkena sihir atau sebaliknya, kecuali orang yang melakukan sihir itu sendiri mengaku.

"Bagi saya, tidak mustahil undang-undang jenayah sihir diwujudkan kerana negara Brunei sudah pun perkenalkan kesalahan jenayah sihir ini di bawah Seksyen 152 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei Darussalam,” katanya.

[VIDEO]