Pekerja pelantar minyak hilang RM12,000 ditipu kenalan FB

Iklan

MIRI - Seorang pekerja pelantar minyak (offshore) di sini kerugian RM12,650 diperdaya oleh seorang wanita warga asing yang dikenali menerusi Facebook sejak 2016.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki berusia 51 tahun mengenali wanita warga asing yang bernama Christal Addison yang menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan mangsa di Miri pada bulan Disember 2018.

Iklan
Iklan

"Pada 30 Disember 2018 mangsa menerima panggilan daripada Hamisah Musthafa menerusi talian 011-16146381 mendakwa Christal Addison ditahan di KLIA 1 kerana membawa wang tunai yang banyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, mangsa dikehendaki membayar kompaun RM5,150 dengan wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun milik Hamisah Musthafa dan mangsa membayar jumlah tersebut dengan mendepositkan jumlah tersebut ke akaun Maybank milik Hamisah Musthafa pada 16 Januari 2019.

Iklan

"Mangsa membuat pembayaran RM5,000 pada 18 Januari 2019 apabila menerima panggilan daripada Hamisah Musthafa yang mendakwa ianya untuk membayar denda lewat membayar kompaun,"katanya sambil menambah mangsa sekali lagi membuat bayaran RM2,500 pada 19 Januari 2019 kepada Hamisah Musthafa atas alasan visa Christal Addison tamat tempoh.

Dalam kes berlainan Mustafa berkata, seorang juruwang wanita berusia 21 tahun yang bekerja di sebuah pasar raya di Sri Aman menjadi mangsa penipuan pinjaman wang yang tidak wujud setelah membuat permohonan pinjaman RM30,000 menerusi Facebook pada Januari 2019.

Iklan

"Mangsa dihubungi oleh seorang lelaki bernama Steven serta seorang wanita bernama Lina yang meminta mangsa membayar RM3,529 sebagai bayaran proses pinjaman,"katanya sambil menambah mangsa dihubungi menggunakan nombor telefon bimbit 0182741882 dan 0182800648.

Beliau berkata, mangsa telah membuat bayaran pertama berjumlah RM1,849 pada 4 Jan 2019 dan bayaran kedua berjumlahh RM1,689 pada 29 Januari 2019.

Menurutnya mangsa menyedari ditipu setelah tiada wang pinjaman diperoleh serta panggilan mangsa kedua-dua individu berkenaan tidak dijawab. - Bernama