Muhyiddin buat pengumuman khas hari ini

Iklan

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman khas mengenai Pemerkasa pada jam 5.30 petang hari ini.

Perutusan itu akan disiarkan secara langsung di rangkaian stesen televisyen tempatan termasuk secara dalam talian.

Iklan
Iklan

Difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan tentang penambahbaikan pakej-pakej bagi memperkukuhkan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Sinar Harian juga akan menyiarkan pengumuman tersebut menerusi saluran media sosial rasmi.

Iklan
Iklan