'Kukuh kesepakatan blok pembangkang, tolak kerjasama kleptokrat'

Iklan
Anwar disaran mengukuhkan blok besar pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat.

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan agar terus mengukuhkan blok besar pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat

Menerusi kenyataan bersama Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub; Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman; Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong; Pengasas bersama Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Parti Sarawak Bersatu (PSB), Baru Bian, mereka mahu pembangkang mengukuhkan kerjasama dan kesepakatan sesama parti serta ahli Parlimen bagi memulihkan negara.

Iklan
Iklan

Menurut mereka, kepimpinan Perikatan Nasional (PN) tidak memberikan hala tuju dan rancangan yang jelas sepanjang negara melalui krisis ekonomi, kesihatan dan juga politik.

"Malaysia telah melangkaui setahun kegagalan pentadbiran PN dan gagal menzahirkan kemampuan serta iltizam.

Iklan

"Kelompongan ini perlu dimanfaatkan oleh blok pembangkang dengan mengetengahkan satu gagasan bersama yang berlandaskan agenda peduli terhadap rakyat.

"Pembangkang perlu bersama-sama menunjukkan suri tauladan kepimpinan dengan menyusun dasar dan inisiatif yang membantu rakyat kebanyakan,” kata kenyataan itu.

Iklan
Menurut kenyataan itu lagi, pembangkang perlu menggembleng usaha dan menumpukan kekuatan bersama sebagai satu suara untuk mengangkat agenda rakyat demi kelangsungan hidup semua.

Pada 16 Mac, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan masih terlalu awal atau pra-matang untuk tentukan kerjasama dengan UMNO.

Bagaimanapun, beliau berkata, perbincangan dengan UMNO masih lagi berterusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih terlalu awal tentukan kerjasama PKR-UMNO: Anwar